Radio On9 Islam Pertama Sabah

Klik player di bawah untuk mendengar

Jumaat, 1 Februari 2013

Senyum Di mana Sahaja...

Walau apa yang anda lakukan..
Walau di mana jua anda berada..
Walau apa yang berlaku...
Walau kesibukan melanda diri...
Walau dibebankan tugas yang banyak..
Walau sibuk tidak kira masa...
Walau dilanda kerisauan..
Walau kecewa atau frust...(Eh,bkn sma ka maksunya ni)hehe..
Walau tidak mencapai apa yang dicita2 kan...
Walau kaya&miskin..
Walau semuanya walau....

Apa yang penting <SENYUMAN>Mestilah DiUkir ..Walaupun payah,susah,malas...Tp....
Rajin2kan la Memberikan senyuman yang palin manis...

Kerana Senyum itu penawar duka yang lara..chewahh...;)

Apa2 pun kurangkan manis dalam minuman,
Tambahkan manis dalam senyuman,
Kerana senyum itu pengubat duka yang lara....Pa lagi...Senyum laaa....^__^

Dengarkan la....Radio on9 Islam Pertama Sabah...


WWW.CAHAYAFM.NET

Ahad, 1 Mei 2011

Senyuman Terpancar Namun Perjuangan Masih Belum Selesai..

 Diambil dari keratan akhbr (News Sabah Times,Tarikh 26 April 2011)

CAHAYAFM CIPTA SEJARAH RADIO ONLINE BERTAPAK DI JERMAN
( Akhbar New Sabah Times 26 April 2011 ) | Siaran kami www.cahayafm.net

Tahun 2011 bukan hanya bakal menyaksikan ulang tahun pertama kelahiran Cahayafm berada di atas talian pendengar seluruh dunia bahkan, tahun ini juga menjadikan detik sejarahnya disifatkan sebagai kejayaan besar dunia maya Islam negeri Sabah apabila muncul deejay2 bertenaga dari serata Sabah dan luar negara berganding bahu mengaktifkan siaran Cahayafm. Terkini, Deejay Najeebah dari Berlin, German menyertai Cahayafm.

Menurut penerbitnya Nazri Abdullah atau lebih dikenali Aldusuni, kekangan yang dihadapi dalam mengemudi Cahayafm, siaran berunsur dakwah maya menerusi talian ini bukanlah pematah semangat juang. Beliau yang ditemui baru-baru ini dalam program rakaman bersama KKFM di 91.1khz, Bukan Sekadar Muzikjuga merupakan Timbalan Pengerusi Konsortium Radio Online Sabah ( KROS ) dan Penulis Blog Suara Mualaf Sabah. Dalam kenyataannya, beliau mencadangkan kepada pihak kerajaan agar memberi peluang kepada radio-radio online di Malaysia khususnya Sabah untuk membuat liputan program-program anjuran kerajaan, swasta dan badan2 NGO sesuai dengan konsep radio online masing-masing. Kata beliau lagi, walaupun hanya berbekalkan laptop, talian dan mic ketika bersiaran, peranannya tidak harus dilihat kecil . Malah, kelebihan radio online terserlah kerana siarannya merentasi sempadan dunia dan jika diberi tempat serta sokongan sewajarnya, sudah pasti segala informasi dalam dan luar negara dapat didengar oleh sesiapa sahaja yang melayari internet sekali gus bakal memberi keuntungan kepada negara.

Tambah beliau, Cahayafm yang turut dikenali sebagai radio online islamik pertama di Sabah, baru-baru ini telah mengambil langkah derastik dalam siarannya dengan menyahaktifkan lagu-lagu dan iklan-iklan dalam sistem auto serta digantikan dengan bacaan al-Quraan. Pendengar kini boleh mengikuti bacaan Quraan dengan tafsir Bahasa Melayu sepanjang ketiadaan deejay. Perubahan dalam siaran auto ini dibuat selepas mengambil kira keperluan umat Islam terhadap tafsir Quraan yang masih ramai kurang memahami bacaan Quran dalam Bahasa Arab itu sendiri. Diharapkan dengan adanya siaran ini, bacaan Quraan sedikit sebanyak mampu difahami dan dihayati oleh para pendengar. Bagaimanapun, segmen hiburan mendidik jiwa masih terus kekal bersama deejay2 setiap kali mereka ke udara. Begitu juga segmen permintaan lagu pilihan pendengar. Justeru mengambil kira kepelbagaian latar pendengar, Cahayafm turut mengadakan satu segmen iaitu Zon Bebas Fikir yang dikendalikan sendiri penerbitnya , Nazri. Segmen ini memutarkan pelbagai genre lagu berunsur ketuhanan, nasihat, lagu-lagu rakyat malah lagu-lagu pop yang sesuai serta tidak keterlaluan untuk pendengar yang inginkan genre muzik seperti itu. Segmen ini disisipi info-info berita semasa bersumberkan petikan akhbar beserta ulasan.

Antara deejay-deejay Cahayafm terkini; Nurhayati Musa, Jalifah Azlizah Azlan, Pilie PSG, Mohd Khamis, Fredolley Azizi Lining, Mohd Izhar Saibin, Wufey PSG, Pak Ngah Junoh, Alhaqiem, Norlela Abdul, Din, Miftah, Farah, Ibadur Rahman dan Najeebah. Masing-masing mereka berada di Keningau, Ranau, Kota Kinabalu, Pahang, Rawang, Kuala Lumpur, Singapura dan Berlin German.

Sabtu, 23 April 2011

Senyum..^__^

Ukirlah sebuah senyuman yang paling manis...
Senyuman yang memberi kegembiraan pada orang lain..
Walaupun di saat kita berduka,bersedih,kecewa...Namun cubalah untuk senyum...
Senyum tak perlu kata apa-apa,hanya menggerakkan sedikit pipi kita...
Nescaya senyuman akan terukir dengan manisnya...
Sedakah yang paling senang dilakukan ialah dengan senyum....

Walaupun penat bekerja seharian,bila balik rumah cubalah untuk senyum dengan anak-anak..dengan isteri,suami,keluarga,sahabat handai..kerana dengan senyuman akan menceriakan suasana...

Tapi,bukan semua orang mampu senyum..Mungkin kah atas sebab-sebab ego,jatuh air muka jika senyum,
tidak suka untuk senyum,ataupun sebaliknya..Semuanya boleh diubah sekirannya benar-benar IKHLAS untuk senyum....

Apa-apa pun "KURANGKAN MANIS DALAM MINUMAN,TAMBAHKAN MANIS DALAM SENYUMAN..KERANA SENYUM ITU PENGUBAT DUKA DAN LARA"^____^


Rabu, 13 April 2011

Cahaya|Fm Pengubat duka dan lara..^__^

Dengar2 kan la radio on9 islam pertama sabah


                                           http://www.cahayafm.net/